"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Buat pembaca blog myminda sekalian, semua wacana di dalam blog myminda ini adalah hak milik terpelihara blogger myminda kecuali di letakkan nama sumber/ ehsan sumber wacana diperolehi.
myminda
Kenaliku
Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang dan dibesarkan di Jerantut Pahang. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Bekas mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Agak aktif semasa di Universiti tetapi tidak terkenal dan tidak mahu dikenali, sentiasa mencari ilmu dan pengalaman untuk menjadikan diri hamba Allah yang Unggul.
Sudah berkahwin dan telah dianugerahkan seorang putera. Semoga menjadi penyejuk mata dan pemanas pentas mujahid di muka bumi Allah s.w.t. Diri ini hanya insan biasa yang sentiasa melihat, mentelaah, memikir dan memilih jalan yang terbaik. Hidup ini hanya untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. abunabil08
Pemimpin Islam harus memegang erat prinsip, ajaran dan konsep. Tidak boleh mundur dalam keadaan apapun. Seorang tentera kadang-kadang kuat kadang-kadang lemah akan tetapi panglima adalah orang yang menentukan sikap, mengobarkan seruan atau menghilangkannya.
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [ Al-Taubah :24]